Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengesahkan masih belum menerima senarai calon yang akan dipilih sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu.
Bagaimanapun beliau memaklumkan, proses awal pemilihan telah dimulakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi tindakan lanjut.